Ahad, 11 September 2016

Manfaat Tambah Berat Badan Bagi Anda Yang Kurus


KENAPA PERLU TAMBAH BERAT BADAN?

Anda kurang berat badan? Dah buat macam-macam cara nak dapatkan berat badan ideal, tapi masih tak jadi-jadi jugak? Sabar, jangan give up dulu..hari ni Coach nak naikkan semangat anda yang masih kurus ni untuk teruskan usaha sampai anda dapat berat badan ideal. Baru nampak lagi segak, menawan kan ?

Coach senaraikan antara sebab mengapa anda yang kurus wajib tambah berat badan :

-Supaya kelihatan lebih menawan dan segak.
-Dapat capai BMI ideal ( SANGAT PENTING).
-Posture dan komposisi badan yang lebih kuat.
-Urusan mencari pakaian menjadi lebih senang.
-Peluang pekerjaan menjadi  lebih luas.
-Dapat membina keyakinan diri yang tinggi.
-Dapat mempertahankan diri anda.
-Kualiti hidup yang lebih baik.
-Tidur yang lebih lena.
-Libido yang lebih tinggi.
-Badan mempunyai tenaga yang lebih.👉 Dan bn  Tidur yang leb



Dapatkan berat badan ideal anda sekarang. Di sini. Tunggu update terbaru dari Coach ok.


Tak kira anda lelaki mahupun wanita, anda kena dapatkan berat badan ideal. Kenapa Coach cakap macam tu? Sebab Coach nak anda semua menikmati persekitaran hidup yang lebih baik dan peluang yang lebih baik dalam hidup. Pastikan anda terus menerus dapatkan update dari Coach macam mana nak dapatkan berat badan ideal ok. 


Anda dapat mempertahankan diri dengan lebih baik dan kuat.


Berat badan ideal juga memberikan kesan yang positif kepada emosi individu.

Sekarang rasa nak tambah berat badan tak ?😊😊

Sabtu, 10 September 2016

Tips Tambah Berat Badan Secara Serius - Set Kan Jadual Pemakanan Seharian

Disiplinkan diri anda untuk makan mengikut jadual yang ditetapkan.

Ok hari ni Coach nak buat posting pasal Jadual Pemakanan Seharian untuk anda. Semalam Coach dah janji kan? Jadi hari ni coach tunaikan khas untuk anda yang nak naikkan berat badan.

Nak makan pun ada jadual..? Ya, wajib ada Jadual Pemakanan. Mesti anda ingat nak bakar lemak je perlu ada Jadual Pemakanan kan ? Bila ada Jadual Pemakanan Seharian ni, anda akan lebih berdisiplin dan timing anda tersusun. Sebelum ni takde Jadual Pemakanan kan? Sebab tu anda susah nak tambah berat badan. Sebab tak emphasize pasal makan..


Bila kurang makan, kurang la kalori yang badan dapat, sedangkan badan perlukan lebihan kalori untuk naikkan berat badan. Kalau macam tu sampai bila pun anda takkan dapat naikkan berat badan tu..jadi kena mula buat Jadual Pemakanan Seharian mulai sekarang.

                                      Makan lebih untuk manfaat kalori yang lebih. 

Coach nak ingatkan anda yang nak tambah berat badan ni, untuk berat badan bertambah, badan memerlukan kalori dimakan yang lebih berbanding kalori yang dibakar. Jika keperluan badan anda adalah 1500kcal sehari, anda perlukan lebih daripada 1500kcal untuk berat badan bertambah. Jadi Jadual Pemakanan Seharian ni adalah salah satu cara untuk memastikan anda makan dengan berdisiplin dan mendapat lebihan kalori untuk membesar.


Kena set kan Jadual Pemakanan untuk seharian terus ok. Bila perlu set kan tu? Untuk Jadual Pemakanan keesokan hari, malam ni dah patut siapkan. Kenapa Coach ? Supaya anda boleh susun terus timing anda esok dan juga nak aim makanan tu macam mana nak dapat. Contohnya masak sendiri atau beli makanan kat kedai mana.


Ni Coach bagi contoh Jadual Pemakanan Seharian yang simple :
8 am
Nasi + ayam + susu

11 am
Roti 3keping + Peanut Butter 2 sudu besar

2 pm
Nasi + daging + sayur

5 pm
Kekacang / pisang

8 pm
Pasta + udang

11 pm
Roti 3keping+ telur 2biji+ susu


                   Roti dan telur membekalkan karbohidrat dan protein kepada badan anda.


Dengan adanya Jadual Pemakanan Seharian, anda dapat elakkan daripada makan makanan yang tidak sihat, sebab anda dah ada makanan yang anda set kan untuk di makan. Tapi bila tak ada planning, dan tiba masa untuk makan, anda akan cenderung makan apa sahaja yang anda boleh dapat sebab anda sedang lapar !


Jadi kalu masa tu Pizza je yang ada, terpaksa la beli Pizza. Duit pun hangus sebab tak plan awal-awal. Jadi dah nampak kepentingan Jadual Pemakanan Seharian ? Mulai sekarang wajib buat jadual ni ok jika anda serius nak tambah berat badan !

Jumaat, 9 September 2016

Tips Tambah Berat Badan Secara Serius - Makan Setiap 3 Jam

                               


                      Amalkan makan setiap 3 jam untuk mendapatkan kalori yang cukup.

Ya betul, setiap 3 jam. Kenapa setiap 3 jam Coach? Sebab badan anda yangg kurus ni perlukan kalori yang lebih untuk naikkan berat badan berbanding kebanyakan individu. Nak tau sebab apa 'berbanding kebanyakan individu' ? Sebab anda yang kurus ni mempunyai metabolisma yang sangat tinggi, sebab tu la anda susah nak naikkan berat badan. Orang lain makan sikit dah complaint berat badan naik, baju dah ketat, muka makin bulat..anda? 

Antara cara nak pastikan anda ni metabolisma tinggi ke rendah, perhatikan je anda makan banyak tapi badan susah naik kan? Haaa betul la tu anda ada metabolisma yang sangat tinggi ! Kalori tu dari mana? Kalori adalah ukuran tenaga dari makanan yg dimakan, sebab tu kena makan setiap 3 jam supaya badan mendapat lebih kalori.


                                                  Anda kena makan, makan dan makan.


Tapi Coach macam susah je nak makan setiap 3 jam. Boleh ke saya nak cuba ni? Kalau nak senang, Coach sarankan anda buat Jadual Pemakanan untuk seharian terus. Jadual Pemakanan macam mana pulak ni? Takpe jangan risau, nanti Coach akan post bab Jadual Pemakanan dalam masa terdekat.


                                    Buat Jadual Pemakanan supaya anda lebih berdisiplin.


Jadi apa yang perlu di makan setiap 3 jam tu Coach? Just make it simple ok. Makan secara kerap dalam kuantiti sederhana. Anda kena pilih makanan yang tinggi karbohidrat berserta protein ya,sebagai contoh nasi dengan lauk,roti dengan telur, spagethi dengan meatball dan lain-lain. Elakkan makan makanan junk food seperti burger, pizza, hamburger dan cake untuk dapatkan kalori tambahan kerana junk food ni berpotensi memberikan pelbagai masalah kesihatan yang lain dalam jangka masa yang panjang.


Elakkan amal makan junk food sebagai sumber kalori tambahan.


Ingat pesan Coach, makan setiap 3 jam jika anda serius nak tambah berat badan ok. Nantikan posting seterusnya !

Sila share jika anda rasa posting ni bermanfaat !



Setakat ni faham tak serba sedikit mcm mana nak naikkan berat badan?😊 Ingati 

sds

Khamis, 8 September 2016

Makanan Hebat Untuk Tambah Berat Badan - Nasi




                                 Nasi dikenali sebagai makanan ruji rakyat Malaysia.


Siapa yg tak kenal nasi kan? Makanan ruji rakyat Malaysia. Nasi sangat bagus sebagai sumber tenaga dan kalori kepada badan. Antara sumber karbohidrat yang tinggi berserta serat yang baik untuk badan. Nasi juga membekalkan sejumlah kecil protein kepada badan anda.


Terdapat beberapa jenis nasi, antaranya beras putih dan beras perang (Brown Rice). Kebiasaannya di negara kita, beras putih menjadi pilihan ramai. Beras perang mempunyai Glycemix Index(GI) yang lebih rendah berbanding beras putih.




                         Makan nasi beserta lauk, telur dan sayuran untuk kalori yang lebih.


Jika anda rasa nak tambah berat badan, amalkan nasi dalam menu seharian.1 mangkuk(cup) nasi secara kasarnya membekalkan 196kcal. Iaitu mengandungi 45g(180kcal) karbohidrat dan 4g(16kcal) protein. Jadi untuk anda yang nak tambah berat badan, Coach sarankan anda makan 3 hidangan nasi setiap hari dan 3 hidangan sampingan. Ambil 1 setengah mangkuk nasi setiap hidangan, di mana anda akan mendapat 294kcal setiap hidangan dan 882kcal untuk 3 hidangan nasi.


Ingat, 882kcal tersebut hanya dari 3 hidangan nasi sahaja, belum termasuk lauk, sayuran dan minuman setiap hidangan. Jadi lagi banyak anda makan, lagi banyak kalori yang anda dapat.





                    Amalkan nasi dalam menu anda seharian sebagai sumber karbohidrat yang tinggi.

Rabu, 7 September 2016

Welcome !

      
      Tahniah kerana anda selangkah kehadapan untuk mendapatkan badan impian. Kami di Team Saya Nak Tambah Berat Badan bersedia untuk membantu rakyat Malaysia untuk dapatkan badan ideal !






    Stay tuned ya. 
    Kami akan kongsikan tips dan panduan untuk tambah berat badan khas untuk anda.