Amalkan makan setiap 3 jam untuk mendapatkan kalori yang cukup.
Ya betul, setiap 3 jam. Kenapa setiap 3 jam Coach? Sebab badan anda yangg kurus ni perlukan kalori yang lebih untuk naikkan berat badan berbanding kebanyakan individu. Nak tau sebab apa 'berbanding kebanyakan individu' ? Sebab anda yang kurus ni mempunyai metabolisma yang sangat tinggi, sebab tu la anda susah nak naikkan berat badan. Orang lain makan sikit dah complaint berat badan naik, baju dah ketat, muka makin bulat..anda?
Antara cara nak pastikan anda ni metabolisma tinggi ke rendah, perhatikan je anda makan banyak tapi badan susah naik kan? Haaa betul la tu anda ada metabolisma yang sangat tinggi ! Kalori tu dari mana? Kalori adalah ukuran tenaga dari makanan yg dimakan, sebab tu kena makan setiap 3 jam supaya badan mendapat lebih kalori.
Anda kena makan, makan dan makan.
Tapi Coach macam susah je nak makan setiap 3 jam. Boleh ke saya nak cuba ni? Kalau nak senang, Coach sarankan anda buat Jadual Pemakanan untuk seharian terus. Jadual Pemakanan macam mana pulak ni? Takpe jangan risau, nanti Coach akan post bab Jadual Pemakanan dalam masa terdekat.
Buat Jadual Pemakanan supaya anda lebih berdisiplin.
Jadi apa yang perlu di makan setiap 3 jam tu Coach? Just make it simple ok. Makan secara kerap dalam kuantiti sederhana. Anda kena pilih makanan yang tinggi karbohidrat berserta protein ya,sebagai contoh nasi dengan lauk,roti dengan telur, spagethi dengan meatball dan lain-lain. Elakkan makan makanan junk food seperti burger, pizza, hamburger dan cake untuk dapatkan kalori tambahan kerana junk food ni berpotensi memberikan pelbagai masalah kesihatan yang lain dalam jangka masa yang panjang.
Elakkan amal makan junk food sebagai sumber kalori tambahan.
Ingat pesan Coach, makan setiap 3 jam jika anda serius nak tambah berat badan ok. Nantikan posting seterusnya !
Sila share jika anda rasa posting ni bermanfaat !
Sila share jika anda rasa posting ni bermanfaat !
Setakat ni faham tak serba sedikit mcm mana nak naikkan berat badan?
😊 Ingati
sds




Tiada ulasan:
Catat Ulasan