Khamis, 8 September 2016

Makanan Hebat Untuk Tambah Berat Badan - Nasi




                                 Nasi dikenali sebagai makanan ruji rakyat Malaysia.


Siapa yg tak kenal nasi kan? Makanan ruji rakyat Malaysia. Nasi sangat bagus sebagai sumber tenaga dan kalori kepada badan. Antara sumber karbohidrat yang tinggi berserta serat yang baik untuk badan. Nasi juga membekalkan sejumlah kecil protein kepada badan anda.


Terdapat beberapa jenis nasi, antaranya beras putih dan beras perang (Brown Rice). Kebiasaannya di negara kita, beras putih menjadi pilihan ramai. Beras perang mempunyai Glycemix Index(GI) yang lebih rendah berbanding beras putih.




                         Makan nasi beserta lauk, telur dan sayuran untuk kalori yang lebih.


Jika anda rasa nak tambah berat badan, amalkan nasi dalam menu seharian.1 mangkuk(cup) nasi secara kasarnya membekalkan 196kcal. Iaitu mengandungi 45g(180kcal) karbohidrat dan 4g(16kcal) protein. Jadi untuk anda yang nak tambah berat badan, Coach sarankan anda makan 3 hidangan nasi setiap hari dan 3 hidangan sampingan. Ambil 1 setengah mangkuk nasi setiap hidangan, di mana anda akan mendapat 294kcal setiap hidangan dan 882kcal untuk 3 hidangan nasi.


Ingat, 882kcal tersebut hanya dari 3 hidangan nasi sahaja, belum termasuk lauk, sayuran dan minuman setiap hidangan. Jadi lagi banyak anda makan, lagi banyak kalori yang anda dapat.





                    Amalkan nasi dalam menu anda seharian sebagai sumber karbohidrat yang tinggi.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan